Sunday, 31 July 2016

Alhamdulillah pihak Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) telah menyiapkan Rumah VIP & Pagar untuk Kem Jeram Mengaji Agro Resort:

Rumah VIP:





Pagar Baru Jeram Mengaji Agro Resort (JMAR):




Insyallah Seterusnya Pihak Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan akan membina Asrama Lelaki & Perempuan, Surau, Rumah Staf, Kantin untuk Kem Jeram Mengaji Agro Resort.

Monday, 18 July 2016

SELAMAT DATANG
KE
JERAM MENGAJI AGRO RESORT


LATAR BELAKANG JERAM MENGAJI AGRO RESORT (JMAR)

Cadangan Yayasan Amanah Tok kenali (YTK) Negeri Kelantan yang telah mengambil alih Jeram Mengaji ini merupakan langkah paling sesuai untuk menyahut seruan kerajaan bagi memajukan sector pelancongan berasaskan Pertanian. Potensi besar yang ada di bidang pelancongantani ini wajar dikembangkan untuk memberikan manfaat bukan sahaja kepada tuan punya tanah / kolam malahan boleh membantu menambahkan pendapataan penduduk-penduduk kawasan itu sendiri.
Aktiviti-aktiviti pertanian dan kebudayaan yang bakal dilaksanankan oleh masyarakt setempat akan diperkenalkan sebagai salah satu produk Pelancongan di sini. Secara tidak langsung, ianya akan dapat diperkenalkan di peringkat kebangsaan malahan mungkin juga di peringkat antarabangsa.
Dengan sokongan Kerajaan Negeri Kelantan, Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh dan kepakaran dalam menguruskan aktiviti pelancongantani ini, adalah dijangkakan projek ini mampu memberikan pulangan kepada banyak pihak.


OBJEKTIF

- Mewujudkan Resort / Hotel Bajet dengan Prasarana yang sesuai bagi penginapan pelancong, kursus, seminar dan pakej perkahwinan.

- Mewujudkan kawasan Pertanian/ Akuakultur untuk sumber ekonomi berasakan pertanian di samping menjadi tarikan penginapan Resort / Hotel Bajet.

- Mewujudkan kawasan Riadah bagi pengunjung dan pelancongan yang menyewa di Resort.

- Resort bagi aktiviti-aktiviti social dan kekeluargaan.

- Melaksanakan aktivi-aktiviti kebudayaan masyarakat setempat sebagai tarikan kepada pengungjung.


MISI

 Jeram Mengaji Agro resort akan menawarkan perkhidmatan:

- 20 Bilik Hotel Bajet

- 2 Blok Asrama (boleh menampung 200 orang dalam satu masa)

- Tapak Perkhemahan Agro (boleh menampung seramai 200 orang dalam satu masa)

- Akan menyediakan aktiviti Reakreasi yang pelbagai antaranya Flying Fox, Abseilling, Jungle Trekking, Memanah dan macam-macam lagi.

- Juga produk terbaru iaitu Air terjun yang ada sepanjang tahun, Pusat jualan untuk masyarakat setempat, kemudahan Reakreasi, Bunga Reflesia, pusat pemeliharaan Lembu Tenusu, memperkenalkan Flora dan Fauna dan pelbagai kemudahan sebagai pusat pelancongan Reakreasi yang paling popular di Kelantan Khasnya dan Malaysia amnya.


- Mengutamakan Makanan-Makanan Tradisi Masyarakat Tempatan.

Wednesday, 27 April 2016


Jeram Mengaji telah diambil alih oleh Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK)  Negeri Kelantan pada awal tahun 2016 :

Program Gotong-Royong yang dijalankan oleh Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan untuk membaik pulih Kem Jeram Mengaji Agro Resort secara berperingkat-peringkat.

Antara gambar-gambar semasa aktiviti Gotong-Royong Kem Jeram Mengaji Agro Resort pada 29 Mac 2016/ 20 Jamadil Akhir 1437H :








Tuesday, 26 April 2016

Jeram Mengaji Agro Resort

Terima Kasih Kerana Memilih Jeram Mengaji Agro Resort Sebagai Destinasi Pelancongan Anda....!!


Lokasi : 
Jeram Mengaji Agro Resort Lot 972, Kampung Sungai Durian, Selising 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

Antara pemandangan air Jeram Mengaji: