Monday, 18 July 2016

SELAMAT DATANG
KE
JERAM MENGAJI AGRO RESORT


LATAR BELAKANG JERAM MENGAJI AGRO RESORT (JMAR)

Cadangan Yayasan Amanah Tok kenali (YTK) Negeri Kelantan yang telah mengambil alih Jeram Mengaji ini merupakan langkah paling sesuai untuk menyahut seruan kerajaan bagi memajukan sector pelancongan berasaskan Pertanian. Potensi besar yang ada di bidang pelancongantani ini wajar dikembangkan untuk memberikan manfaat bukan sahaja kepada tuan punya tanah / kolam malahan boleh membantu menambahkan pendapataan penduduk-penduduk kawasan itu sendiri.
Aktiviti-aktiviti pertanian dan kebudayaan yang bakal dilaksanankan oleh masyarakt setempat akan diperkenalkan sebagai salah satu produk Pelancongan di sini. Secara tidak langsung, ianya akan dapat diperkenalkan di peringkat kebangsaan malahan mungkin juga di peringkat antarabangsa.
Dengan sokongan Kerajaan Negeri Kelantan, Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh dan kepakaran dalam menguruskan aktiviti pelancongantani ini, adalah dijangkakan projek ini mampu memberikan pulangan kepada banyak pihak.


OBJEKTIF

- Mewujudkan Resort / Hotel Bajet dengan Prasarana yang sesuai bagi penginapan pelancong, kursus, seminar dan pakej perkahwinan.

- Mewujudkan kawasan Pertanian/ Akuakultur untuk sumber ekonomi berasakan pertanian di samping menjadi tarikan penginapan Resort / Hotel Bajet.

- Mewujudkan kawasan Riadah bagi pengunjung dan pelancongan yang menyewa di Resort.

- Resort bagi aktiviti-aktiviti social dan kekeluargaan.

- Melaksanakan aktivi-aktiviti kebudayaan masyarakat setempat sebagai tarikan kepada pengungjung.


MISI

 Jeram Mengaji Agro resort akan menawarkan perkhidmatan:

- 20 Bilik Hotel Bajet

- 2 Blok Asrama (boleh menampung 200 orang dalam satu masa)

- Tapak Perkhemahan Agro (boleh menampung seramai 200 orang dalam satu masa)

- Akan menyediakan aktiviti Reakreasi yang pelbagai antaranya Flying Fox, Abseilling, Jungle Trekking, Memanah dan macam-macam lagi.

- Juga produk terbaru iaitu Air terjun yang ada sepanjang tahun, Pusat jualan untuk masyarakat setempat, kemudahan Reakreasi, Bunga Reflesia, pusat pemeliharaan Lembu Tenusu, memperkenalkan Flora dan Fauna dan pelbagai kemudahan sebagai pusat pelancongan Reakreasi yang paling popular di Kelantan Khasnya dan Malaysia amnya.


- Mengutamakan Makanan-Makanan Tradisi Masyarakat Tempatan.

No comments:

Post a Comment