SELAMAT DATANG
KE
JERAM MENGAJI AGRO RESORT
LATAR BELAKANG JERAM MENGAJI AGRO RESORT (JMAR)
Cadangan
Yayasan Amanah Tok kenali (YTK) Negeri Kelantan yang telah mengambil alih Jeram
Mengaji ini merupakan langkah paling sesuai untuk menyahut seruan kerajaan bagi
memajukan sector pelancongan berasaskan Pertanian. Potensi besar yang ada di
bidang pelancongantani ini wajar dikembangkan untuk memberikan manfaat bukan
sahaja kepada tuan punya tanah / kolam malahan boleh membantu menambahkan
pendapataan penduduk-penduduk kawasan itu sendiri.
Aktiviti-aktiviti
pertanian dan kebudayaan yang bakal dilaksanankan oleh masyarakt setempat akan
diperkenalkan sebagai salah satu produk Pelancongan di sini. Secara tidak
langsung, ianya akan dapat diperkenalkan di peringkat kebangsaan malahan
mungkin juga di peringkat antarabangsa.
Dengan
sokongan Kerajaan Negeri Kelantan, Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh dan
kepakaran dalam menguruskan aktiviti pelancongantani ini, adalah dijangkakan
projek ini mampu memberikan pulangan kepada banyak pihak.
OBJEKTIF
- Mewujudkan
Resort / Hotel Bajet dengan Prasarana yang sesuai bagi penginapan pelancong,
kursus, seminar dan pakej perkahwinan.
- Mewujudkan
kawasan Pertanian/ Akuakultur untuk sumber ekonomi berasakan pertanian di
samping menjadi tarikan penginapan Resort / Hotel Bajet.
- Mewujudkan
kawasan Riadah bagi pengunjung dan pelancongan yang menyewa di Resort.
- Resort
bagi aktiviti-aktiviti social dan kekeluargaan.
- Melaksanakan
aktivi-aktiviti kebudayaan masyarakat setempat sebagai tarikan kepada
pengungjung.
MISI
Jeram
Mengaji Agro resort akan menawarkan perkhidmatan:
- 20 Bilik
Hotel Bajet
- 2 Blok
Asrama (boleh menampung 200 orang dalam satu masa)
- Tapak
Perkhemahan Agro (boleh menampung seramai 200 orang dalam satu masa)
- Akan
menyediakan aktiviti Reakreasi yang pelbagai antaranya Flying Fox, Abseilling,
Jungle Trekking, Memanah dan macam-macam lagi.
- Juga
produk terbaru iaitu Air terjun yang ada sepanjang tahun, Pusat jualan untuk masyarakat
setempat, kemudahan Reakreasi, Bunga Reflesia, pusat pemeliharaan Lembu Tenusu,
memperkenalkan Flora dan Fauna dan pelbagai kemudahan sebagai pusat pelancongan
Reakreasi yang paling popular di Kelantan Khasnya dan Malaysia amnya.
- Mengutamakan
Makanan-Makanan Tradisi Masyarakat Tempatan.